Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan? Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul! Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian. 7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan: Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion: Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...