Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Trip Percutian Shaklee Ditaja Sepenuhnya

Bercuti ke luar negara merupakan impian ramai orang. Dengan melawat tempat orang, kita dapat meluaskan pemandangan, melihat keindahan alam ciptaan Allah, mempelajari tentang budaya setempat, mencuba makanan mereka dan bermacam-macam lagi pengalaman menarik kita akan dapat. Tahu tak anda, anda boleh bercuti ke luar negara secara percuma dengan shaklee? Salah satu insentif yang Shaklee tawarkan adalah Convention, iaitu trip percutian mewah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Setiap tahun, Shaklee menawarkan 2 jenis trip menarik, iaitu trip regional dan international. Setiap trip ini ada kelayakan yang    tersendiri. Kenapa trip percutian Shaklee ni sangat dinanti-nantikan oleh leader-leader yang layak? Untuk trip percutian Shaklee ini, Shaklee menyediakan semuanya. Daripada beg luggage, hand luggage, sweater (jika trip dalam musim sejuk), tiket kapal terbang, penginapan, makan minum semuanya ditanggung oleh Shaklee.  Siap dapat duit poket untuk belanja jika Shaklee bagi peluang untuk

6 Tips Travel Ke Luar Negara Bersama Anak-anak

Pengalaman travel ke luar negara bersama keluarga merupakan satu pengalaman yang sangat manis untuk dikenang.  Teringat momen travel bersama keluarga ke Korea dahulu. Tanpa menggunakan khidmat agent, kami explore dan rancang sendiri perjalanan kami. Alhamdulillah pengalaman travel tersebut banyak mengajar kami pengalaman yang berharga. Daripada pengurusan kewangan untuk tabung travel sehinggalah kepada cara handle anak ketika travel. Anda tak yakin nak bawa anak-anak pergi travel? Jangan risau.  Jom Ros kongsikan serba sedikit tips travel ke luar negara untuk memudahkan perjalanan anda bersama anak-anak. Baca sampai habis, ya! 6 Tips Travel Ke Luar Negara Bersama Anak-Anak 1. Persediaan Awal Jangan tunggu saat-saat terakhir untuk membuat persiapan. Buatlah persediaan awal. Sediakan passport. Listkan barang-barang yang perlu bawa. Pastikan anda bawa baju, seluar, sweater, kasut dan barang keperluan yang bersesuaian dengan musim negara yang dilawati.  Juga, jangan lupa bawa ubat-ubatan,

4 Cara Pilih Minyak Ikan Omega 3 Terbaik

Minyak ikan Omega 3 ada banyak manfaat untuk kesihatan anda sekeluarga.   Sebelum Ros kongsikan 4 cara pilih minyak ikan Omega 3, jom Ros terangkan secara general kebaikan Omega 3. Untuk kanak-kanak, Omega 3 bantu perkembangan otak mereka.  Untuk orang dewasa pula, Omega 3 membantu meningkatkan kadar metabolisme, menstabilkan paras kolestrol. Bagi orang tua pula, Omega 3 membantu meningkatkan kesihatan sendi dan mengelakkan masalah nyanyuk. Untuk mendapatkan manfaat optimum, anda perlulah memilih minyak ikan yang terbaik. Jom tengok caranya. 4 Cara Pilih Minyak Ikan Omega 3 Terbaik 1. Pilih Syarikat Supplemen yang Berkualiti Pertama sekali, apabila memilih minyak ikan, amat penting untuk mencari syarikat supplemen yang boleh dipercayai dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.  Pastikan syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik dan telah beroperasi dalam industri ini untuk jangka masa yang lama.  Ini akan memberikan keyakinan bahawa minyak ikan yang anda beli beras