Skip to main content

6 Tips Travel Ke Luar Negara Bersama Anak-anak

Pengalaman travel ke luar negara bersama keluarga merupakan satu pengalaman yang sangat manis untuk dikenang. 



Teringat momen travel bersama keluarga ke Korea dahulu. Tanpa menggunakan khidmat agent, kami explore dan rancang sendiri perjalanan kami.


Alhamdulillah pengalaman travel tersebut banyak mengajar kami pengalaman yang berharga. Daripada pengurusan kewangan untuk tabung travel sehinggalah kepada cara handle anak ketika travel.


Anda tak yakin nak bawa anak-anak pergi travel? Jangan risau. 


Jom Ros kongsikan serba sedikit tips travel ke luar negara untuk memudahkan perjalanan anda bersama anak-anak. Baca sampai habis, ya!


6 Tips Travel Ke Luar Negara Bersama Anak-Anak


1. Persediaan Awal

Jangan tunggu saat-saat terakhir untuk membuat persiapan. Buatlah persediaan awal.


Sediakan passport.

Listkan barang-barang yang perlu bawa. Pastikan anda bawa baju, seluar, sweater, kasut dan barang keperluan yang bersesuaian dengan musim negara yang dilawati. 

Juga, jangan lupa bawa ubat-ubatan, supplement terbaik dan barangan penjagaan diri. 


2. Melawat Tempat-Tempat Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Pastikan anda melawat destinasi yang sesuai untuk kanak-kanak. Cari tempat yang menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk mereka. 


Ada banyak taman tema, akuaria, dan taman permainan yang memenuhi keperluan anak-anak. Ingatlah, mereka perlu bermain dan menikmati perjalanan juga!


3. Sediakan Jadual yang Tidak Padat

Jadual yang terlalu padat boleh membuat anak-anak penat dan cranky. Biarkan mereka berehat dan menikmati suasana semasa perjalanan. 


Jangan terlalu terikat dengan jadual yang ketat. Beri mereka ruang untuk bereksplorasi dan menikmati setiap detik bersama keluarga.


4. Bawa Air Masak, Snack Tambahan, dan Baju Lebih Ketika Berjalan-jalan

Sekiranya anda berjalan-jalan sepanjang hari, pastikan anda membawa bekalan air masak dan snek tambahan untuk anak-anak. Ini membantu mereka kekal terhidrasi dan memberi tenaga sepanjang hari. 


Jangan lupa bawa juga baju lebih dalam kes kejadian tak terduga seperti tumpahan makanan atau perubahan cuaca. 


5. Tingkatkan Sistem Imun Anak-Anak

Sebelum travel, pastikan anak-anak dalam keadaan sihat. Tingkatkan sistem imun mereka dengan memberikan makanan yang berkhasiat dan mencukupi. 


Anda juga boleh bagi mereka supplemen dan vitamin seperti Vitamin C, minyak ikan omega 3, Hero Kiddo dan Nutriferon untuk tingkatkan sistem imun mereka.


Pastikan mereka mendapatkan vaksinasi yang diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan itu, mereka sentiasa sihat dan sistem imun mereka lebih kuat untuk travel.


6. Ceritakan Tentang Sejarah Tempat yang Dilawati

Melancong adalah peluang yang baik untuk mengajar anak-anak tentang sejarah dan budaya. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah menarik tentang tempat-tempat yang anda lawati. Ini membantu mereka memahami dunia dengan lebih baik dan meningkatkan minat mereka terhadap sejarah.


Itulah beberapa tips travel ke luar negara dengan anak-anak yang boleh anda gunakan. 


Jangan lupa untuk buat persiapan dan merancang dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Selamat melancong bersama keluarga!


PS: Jika anda berminat nak dapat trip percuma, jom lah join team Shaklee kami. Bimbingan dan sokongan disediakan untuk anda mulakan bisnes hari ini juga. 


JOIN BISNES DI SINI


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleetemerloh

#shakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Diet Untuk Kurus Di Malaysia

Jenis diet yang berkesan untuk penurunan berat badan adalah subjek yang sentiasa hangat diperbincangkan.  Ada banyak pendekatan yang berbeza  untuk menurunkan berat   , tetapi apa yang penting adalah mencari diet yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda. Nak kurus tetapi tak pasti jenis diet mana yang sesuai? Jom tengok jenis-jenis diet yang ada. 1. Diet Rendah Karbohidrat:  Diet ini menumpukan kepada mengurangkan pengambilan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan protein dan lemak baik untuk memaksa badan membakar lemak sebagai sumber tenaga.  Diet keto adalah contoh terkenal. Diet keto menekankan pengurangan karbohidrat dan peningkatan lemak dalam makanan. Ini boleh membantu dalam penurunan berat badan dan meningkatkan ketumpatan tenaga. 2. Diet Rendah Kalori:  Konsep asasnya ialah membakar lebih kalori daripada yang dimakan. Biasanya melibatkan pengurangan pengambilan kalori harian dan peningkatan senaman.  Anda perlu mengira kalori setiap hari dan memastikan pengambilan k

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan proses seperti daging b

Rahsia Perut Kempis Untuk Wanita

Bagi wanita, masalah perut buncit menjadi salah satu cabaran terbesar selepas bergelar ibu. Walaupun sudah habis pantang, perut tidak kempis seperti sebelum mengandung dulu. Ditambah lagi dengan gaya hidup yang sibuk dengan kerjaya dan menguruskan keluarga, wanita tiada masa untuk bersenam. Juga hobi wanita suka menikmati makanan yang sedap-sedap. Pernah dengarkan, orang perempuan ni nak kurus, tapi suka makan. Macam mana tu? Masalah perut buncit ini bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga boleh menjejaskan rasa keyakinan terhadap diri sendiri. Jika anda nak kempiskan perut yang buncit, teruskan membaca. Dalam entri kali ini, Ros kongsikan cara terbaik untuk atasi masalah perut buncit. Ini dia, herbalax: Rahsia perut kempis wanita. Jom kita tengok manfaat Herbalax. 1. Pelawas Efektif:  Herbalax adalah pelawas semula jadi yang membantu membersihkan usus dan mendorong sistem pencernaan anda. Ia membantu anda merasa lebih ringan dan segar setiap hari. 2. Mengempiskan Perut:  Terlalu ba