Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai ancaman radikal bebas samada dari persekitaran mahupun dari dalam tubuh kita sendiri. Keluar je daripada pintu rumah, kita terdedah kepada sinaran uv berbahaya. Semasa di luar bangunan, kita berhadapan dengan pencemaran udara, asap dan debu. Berada dalam kesesakan lalu lintas, meningkatkan tekanan dalam diri kita. Tengahari pula, kita terpaksa memilih fast food kerana ianya lebih cepat. Sinaran UV, pencemaran, asap dan debu. Tekanan atau stress. Makanan tinggi kolesterol dan lemak. Itu semua meningkatkan bilangan radikal bebas dalam badan. Untuk melawan serangan radikal bebas, badan kita memerlukan antioksidan. Ros ada terangkan tentang antioksidan dan radikal bebas dalam video ini. Jemput tonton ya. Ada banyak jenis antioksidan seperti Vitamin A, C dan E. Tapi yang paling power adalah polifenol. Polifenol dapat bertindak sehingga ke peringkat DNA. MashaAllah. Jom kita tengok 8 manfaat polifenol untuk kesihatan wanita. 8 Manfaat Pol...