Skip to main content

Keistimewaan Set Mengandung Shaklee

Semasa mengandung, si ibu pasti inginkan yang terbaik untuk bayi yang dikandung.


Untuk menyokong perkembangan bayi, sebaiknya wanita mengandung mengambil makanan tambahan untuk memastikan badan si ibu dapat nutrisi yang cukup dan dapat membekalkan nutrien kepada bayinya.


Ros sarankan anda ambil Set Mengandung Shaklee.



Set ini dirumus khas untuk memenuhi keperluan wanita mengandung dan bayi mereka. Jom kita tengok manfaat setiap item dalam Set Mengandung Shaklee.


Set Mengandung Shaklee terdiri daripada 4 vitamin iaitu:


1. B-Complex: Vitamin B Lengkap dengan Asid Folik


B-Complex Shaklee adalah supplemen penting yang mengandungi semua vitamin B yang anda perlukan, termasuklah asid folik. Kesemua komponen ini perlu ada dalam vitamin B untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


Asid folik sangat penting untuk menyokong pembentukan tiub saraf bayi yang sihat dan mencegah kecacatan kelahiran.


Vitamin B juga membantu tubuh badan ibu menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga.


2. Vitalize: Multivitamin dan zat besi


Vitalize Shaklee adalah multivitamin yang lengkap dengan 25 jenis vitamin dan mineral. Pengambilan Vitalize setiap hari membantu megisi jurang pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda semasa mengandung. Ini membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh anda.


Bukan itu sahaja, dalam Vitalize juga ada zat besi untuk mencegah masalah anemia. Zat besi penting untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah yang diperlukan untuk peningkatan isipadu darah.


3. ESP: Protein Kaya Soya untuk Pembinaan dan Pertumbuhan Bayi dalam Kandungan


ESP Shaklee adalah sumber protein yang dihasilkan daripada kacang soya non-GMO.


Protein penting untuk pembentukan organ, tisu, otot dan keseluruhan struktur badan bayi.


Untuk ibu yang kerap loya dan kurang selera makan, ESP membantu membekalkan tenaga kepada anda. 


ESP juga boleh menjadi snack yang sihat dan boleh mengelakkan anda daripada mengambil minuman yang manis.


4. Ostenutrix: Suplemen Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D


Ostenutrix Shaklee memberikan bekalan kalsium yang mencukupi untuk pembinaan tulang bayi yang kukuh. Kalsium yang mencukupi juga penting untuk menyokong tulang ibu sepanjang proses kehamilan.


Tahukah anda, kalsium mengawal atur pengecutan otot. Ia membantu mengurangkan kekejangan otot semasa kehamilan. 


Jika anda kerap terkena simpul biawak malam-malam, anda wajib ambil Ostenutrix. 


Pengalaman Ros semasa hamil dahulu, bila amalkan Ostenutrix setiap malam, dah tak kena simpul biawak lagi.



Itulah 4 vitamin yang ada dalam Set Mengandung Shaklee. 


Yang terbaru, Set Mengandung Shaklee kini hadir dengan tambahan Smooth Tummy Oil dan Relaxing Magnesium Gel  untuk sapuan luaran. 


Smooth Tummy Oil dan Relaxing Magnesium Gel diformulasikan oleh Tanamera untuk Shaklee Malaysia. Menggunakan nama Embun, kedua-dua item ini hanya boleh didapati dalam Set Mengandung Shaklee.



Manfaat Smooth Tummy Oil


  • Mengurangkan kesan rekahan (stretch mark) dan selulit pada kulit
  • Menyuburkan kulit
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus




Manfaat Relaxing Magnesium Gel


  • Menenangkan otot
  • Menyokong fungsi saraf
  • Kurangkan tahap tekanan
  • Meningkatkan kualiti tidur


Senangkan bila Set Mengandung didatangkan sekali dengan Smooth Tummy Oil dan Relaxing Magnesium Oil. Tak payah dah nak cari minyak urut lain. Lengkap semuanya esklusif untuk anda.


Jom dapatkan Set Mengandung Shaklee hari ini dan berikan yang terbaik untuk kehamilan anda. Kehamilan yang sihat bermula dengan penjagaan yang betul!


Hubungi Ros di 019-367 3245 atau terus klik link whatsapp Ros ni.


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleetemerloh

#pengedarshakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...