Skip to main content

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee?

Sejak mengamalkan Set Penyusuan Shaklee untuk mengatasi masalah susu merundum semasa anak sulung berusia 6 bulan lebih, Ros terus jatuh cinta dengan vitamin Shaklee.



Lagi-lagi sejak Ros dengar dan baca cerita tentang pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee yang merupakan seorang doktor perubatan. 


Seorang doktor biasanya akan memberikan ubat kepada pesakitnya. Tetapi berbeza dengan Dr Shaklee, beliau guna pendekatan pencegahan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi berbanding memberi ubat.


Pesakit yang datang ke klinik beliau biasanya jarang kembali berjumpa dengan beliau. Maksudnya, pesakit beliau kembali sihat.


Berbanding dengan pesakit klinik lain, mereka asyik kembali mendapatkan ubat. Dah sihat tetapi tak lama lepas tu sakit kembali. Berulang datang ke klinik untuk mendapatkan ubat.


Dr Shaklee menggunakan pendekatan mencegah dari akar umbinya meggunakan sumber semulajadi.


Dari situlah terhasilnya vitalized mineral, vitamin pertama di dunia pada tahun 1915. Perkataan vitamin itu sendiri datang daripada perkataan.

Vita: vitalized

Min: mineral



Sudah lebih 100 tahun usia vitalized mineral atau multivitamin Shaklee. Multivitamin Shaklee ini telah banyak kali ditambah-baik. Belum pernah lagi vitamin Shaklee ditarik disebabkan mengandungi bahan-bahan terlarang.


Vitamin Shaklee dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang beyond organic. 


Kesemua bahan mentah untuk menghasilkan vitamin Shaklee akan melalui saringan dan ujian klinikal untuk memastikan tiada langsung trace bahan kimia dalam bahan mentah tersebut.


Dah jadi produk pun, akan melalui ujian klinikal untuk memastikan vitamin Shaklee benar-benar berkesan.


Falsafah Dr Forrest C Shaklee yang sangat Ros kagumi adalah:


Saya tak akan hasilkan produk yang akan memudaratkan walau satu sel pun dalam badan.


Bila tahu tentang ini, Ros bertambah yakin untuk mengamalkan vitamin Shaklee tanpa ragu-ragu.


Kedua, produk Shaklee terbukti berkesan. 


Sekumpulan atlet Olimpik memilih vitamin Shaklee untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap yang tip top. Mereka perlu sentiasa cergas dan sihat untuk beraksi.


Kumpulan ini banyak memenangi medal berbanding kumpulan atlet yang tidak mengambil vitamin Shaklee.


Power, kan!


Angkasawan NASA turut memilih Shaklee untuk menghasilkan minuman yang dapat mengekalkan bendalir dalam badan angkasawan mereka.


Selain itu, angkasawan NASA turut membawa Vitalizer iaitu vitamin asas ke International Space Station (ISS) untuk bekalan nutrisi harian mereka.



Sudah pasti keadaan di angkasa lepas tak sama macam di bumi. Kekurangan nutrisi akan menjejaskan tahap kesihatan angkasawan di ISS.


Ada ujian dibuat selepas angkasawan kembali ke bumi. Sel-sel badannya tidak mengalami perbezaan yang ketara.


Di sini, kita nampak betapa berkesannya vitamin Shaklee.


Jika anda nak tahu lanjut tentang bukti vitamin Shaklee berkesan untuk pengambilan jangka masa panjang, boleh baca tentang Landmark Study.


Terakhir, Shaklee membuka peluang untuk kita berkongsi kebaikan kesihatan dengan orang lain dan menjana pendapatan


Dengan ini, kita dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka yang memerlukan dan, pada masa yang sama, menjana pendapatan tambahan.


Itulah sebabnya Ros mengatakan "Ya" kepada Shaklee. 


Ia bukan sekadar vitamin, tetapi komitmen seumur hidup kepada kesihatan dan kesejahteraan.


Jom amalkan vitamin Shaklee sama-sama. Ros boleh cadangkan apa vitamin asas yang anda perlukan, sesuai dengan keperluan diri anda.


Hubungi Ros di 019-367 3245 atau terus klik link whatsapp Ros ni.


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleetemerloh

#pengedarshakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...