Skip to main content

Cara Nak Buat Intermittent Fasting

Bulan puasa kan dah nak dekat. Jadi, harini Ros nak share pasal cara nak buat Intermittent Fasting. 


Maybe ada yang nak latih diri untuk kurangkan makan atau nak limitkan waktu makan. Jadi anda boleh buat Intermittent Fasting mengikut plan tertentu.


Perbezaan Intermittent Fasting Dengan Berpuasa 


Beza intermittent fasting dengan puasa adalah semasa intermittent fasting anda masih boleh minum air seperti air masak, teh hijau dan teh/ kopi tanpa susu dan gula. Tempoh makan pula mengikut plan yang anda pilih.


Kebaikan Intermittent Fasting


Intermittent Fasting ada banyak kebaikan untuk diri kita. Antaranya:


  1. Membantu menurunkan berat badan
  2. Melaraskan semula sistem badan anda
  3. Memperbaiki tabiat makan anda kepada pilihan yang lebih menyihatkan
  4. Membantu mendisiplinkan diri
  5. Membantu membina jisim otot


Bagaimana Cara Nak Buat Intermittent Fasting?



Jika anda baru nak bermula, anda boleh ikut plan 12:12. Maksudnya di sini anda berpuasa selama 12 jam. Dan 12 jam lagi adalah eating window yang anda boleh makan dan minum.

Sebagai contoh, 

Waktu last makan anda adalah sebelum pukul 8 malam. Selepas 8 malam, anda akan berpuasa sampai 8 pagi esoknya.


Bila anda berpuasa selama 12 jam, badan anda akan menukarkan simpanan lemak kepada tenaga. Jadi ia membantu untuk penurunan berat badan dan membina jisim otot anda.


Selepas 8 pagi anda boleh makan. Pastikan anda ambil makanan yang seimbang untuk bagi nutrisi yang secukupnya pada badan. 


Cadangan Jadual Intermittent Fasting


Antara jadual Intermittent Fasting lain yang anda boleh pilih:


Plan 15:9

Puasa 15 jam, makan 9 jam


Plan 20:4

Puasa 20 jam, makan 4 jam


Plan 23:1

Puasa 23 jam, makan 1 jam


Selepas anda dah biasa buat intermittent fasting mengikut plan 12:12, anda boleh buat plan 15:9 pula. Anda akan berpuasa untuk tempoh yang lebih panjang dan pendekkan waktu makan.


Tips Untuk Buat Intermittent Fasting Jadi Lebih Berkesan


1. Bersenam 

Sepanjang anda melakukan intermittent fasting, anda digalakkan untuk melakukan senaman ataupun aktiviti fizikal.


Mulakan dengan senaman ringan seperti brisk walk selama 20 minit.


Dengan senaman, pembakaran lemak jadi lebih cepat. 

2. Pemakanan yang sihat

Semasa anda berpuasa, sistem pencernaan anda berehat. Jadi, waktu makan pilihlah menu yang menyihatkan.



Menu seperti salad, makanan yang direbus, dipanggang atau grill. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jika anda nak baca lagi tentang Intermittent fasting, anda boleh baca entri Asy yang dah biasa buat Intermittent Fasting dalam entrinya tentang Intermittent Fasting.

Ros sarankan anda mula buat Intermittent Fasting dari sekarang. Masuk bulan puasa nanti, badan anda dah rasa ringan. Mudah nak melakukan ibadah sepanjang bulan puasa.


Jom kurus secara sihat dengan Intermittent Fasting. 


#blogmegashaklee 

#shakleethrive2023 

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi

Kewujudan jeragat bukan sahaja secara tiba-tiba. Jeragat terbentuk di bawah kulit dan mengambil masa yang lama sebelum ianya timbul di permukaan kulit.   Masalah jeragat biasanya dialami oleh wanita berusia 40an ke atas. Tetapi ada juga yang mengalami masalah jeragat pada usia 30an.  Jangan risau, anda boleh mencuba petua hilangkan jeragat yang Ros kongsikan di bawah. Petua Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi 1. Menggunakan Baking Soda Caranya:   Ambil satu sudu the baking soda dan campurkan dengan sedikit air.  Sapu di tempat jeragat dan biarkan selama beberapa minit.  Bilas dengan air suam. 2. Menggunakan Daun Lidah Buaya dan Madu Caranya:  Ambil gel daun lidah buaya dan campurkan dengan madu.  Lumur pada seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit.  Bilas dengan air suam. 3. Menggunakan Oatmeal dan Yogurt Caranya:  Ambil satu sudu besar yogurt dan 2 sudu besar oat.  Kacau hingga sebati. Lumur pada seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit.  Bilas dengan air suam. Kesemua petua di ata

Testimoni Shaklee: Pengamal Setia Youth Skincare

Wah dah lebih 5 tahun rupanya Ros dah amalkan Youth Skincare Shaklee ni. Youth skincare ni memang best gila! Sampai lepas dah pakai Youth, Ros tak bertukar dah ke skincare lain. Jadi harini Ros nak share testimoni Shaklee Ros sendiri sebagai pengguna Youth Skincare Shaklee yang tegar.  Awalnya Ros pakai Fullset Youth Skincare Shaklee. Tapi sekarang, Ros maintain pakai Youth Shaklee Starter Set. Once in awhile, Ros akan rawat kulit dengan Youth serum dan pakai Youth Mask. Youth Shaklee Starter Set sangat best tau. Dalam Youth Shaklee Starter Set ada 4 items yang terdiri daripada  Luminous Gel Oil Cleanser Perfecting Skin Toner Age Defense Moisturizer dengan SPF50 Advanced Renewal Night Cream Dulu kulit Ros sangat kusam. Nak tengok gambar sendiri pun tak sanggup.  Tapi lepas guna Youth Starter Set ni, kulit Ros jadi lebih glowing dan nampak lebih sihat.  Yang paling Ros suka tentang Youth Skincare ni adalah kuasa botanikal bahan-bahan dalam Youth skincare ni. Jom Ros terangkan serba s

3 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Trend masa kini semua yang nak turunkan berat badan akan buat Intermittent Fasting. Intermittent fasting adalah sejenis kaedah diet yang melimitkan waktu makan.   Sebagai contoh,   Intermittent Fasting 12:12 bermaksud Anda akan berpuasa selama 12 jam dan 12 jam yang lain adalah eating window yang anda boleh makan.   Intermittent Fasting 16:8 bermaksud Anda akan berpuasa selama 16 jam dan 8 jam adalah eating window.   Kebiasaannya, selepas badan serasi dengan sesuatu plan, pengamal Intermittent Fasting akan memendekkan lagi tempoh eating window. Ramai yang akan buat Intermittent Fasting sehingga mencapai fasa autophagy iaitu sehingga 72 jam. Jom kita tengok apa manfaat autophagy:   membantu menghalang kanser. membantu meningkatkan prestasi otot. mengurangkan risiko terkena penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer. membantu mengurangkan keradangan. membantu melambatkan proses penuaan. Membantu meningkatkan tenaga.   Walau bagaimanapun, terdapat keburukan dalam Intermittent Fasting yang