Skip to main content

5 Idea Menu Sahur Sihat: Mengenyangkan dan Mudah Disediakan

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita beroleh keberkatan dan keampunan dariNya di bulan yang mulia ini.


Ros nak kongsikan 5 idea menu sahur sihat dengan anda. Asyik-asyik nasi je kan. Apa kata, cuba sahur dengan menu selain nasi pulak.

Idea menu sahur sihat


Jom tengok 5 idea menu sahur sihat.


Idea Menu Sahur Sihat 1: Chicken Wrap


Bahan-bahan:


  • Roti tortilla
  • Ayam dada - diperap dengan lada hitam, bawang putih, garam
  • Salad
  • Tomato - dipotong nipis
  • Lobak merah - disagat
  • Lada benggala - dihiris nipis
  • Bawang holland - dihiris nipis
  • Sos cili dan mayonis


Cara-caranya:


  1. Panaskan roti tortilla guna non-stick pan
  2. Panggang ayam sehingga masak
  3. Sediakan roti tortilla, susun salad, tomato, lobak merah, lada benggala dan bawang
  4. Letak sedikit sos cili dan mayonis
  5. Balut wrap dengan kemas


Chicken wrap

Pro Tips: 

Boleh juga guna leftover ayam panggang, jejari ayam atau ayam popcorn untuk lebih menjimatkan masa.


Idea Menu Sahur Sihat 2: Roti Wholemeal dengan Scrambled egg


Bahan-bahan:

  • Telur - 2 biji
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • Sedikit unsalted butter
  • Roti wholemeal - 2 keping
  • Salad, tomato, timun


Cara-caranya:


  1. Pukul telur dan masukkan sedikit garam dan lada hitam
  2. Panaskan non-stick pan dan cairkan butter
  3. Tuang telur dan masak dengan api yang kecil
  4. Kacau guna spatula 
  5. Dah masak, boleh letak atas 1 keping roti wholemeal
  6. Susun salad, tomato dan timun
  7. Letak sekeping lagi roti wholemeal


Pro Tips: 

Jika anda suka, boleh bakar atau grill roti wholemeal guna non-stick pan.


Idea Menu Sahur Sihat 3: Omelette


Bahan-bahan:


  • Telur - 3 biji 
  • Sedikit cendawan butang - dihiris nipis
  • Sedikit brokoli - potong kecil
  • Sedikit tomato - potong dadu
  • Bawang putih - dicincang
  • Bawang besar- dipotong dadu
  • Minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Sedikit lada sulah


Cara-caranya:


  1. Pukul telur guna whisk. Masukkan garam dan lada sulah.
  2. Panaskan grill pan, tumis bawang putih dengan minyak zaitun.
  3. Bila dah wangi, masukkan bawang besar.
  4. Masukkan brokoli, cendawan butang dan tomato. Masak sebentar dan angkat.
  5. Guna pan yang sama untuk masak telur. Masukkan minyak zaitun.
  6. Tuang telur ke dalam pan.
  7. Bila telur dah hampir masak, letakkan sayur-sayuran tadi di tengah telur.
  8. Lipat telur dan bolehlah diangkat.


Omelette

Pro Tips: 

Boleh pelbagaikan inti dengan sayuran kegemaran anda seperti lada benggala dan tambahkan isi ayam.


Idea Menu Sahur Sihat 4: Overnight Oat


Bahan-bahan:


  • Rolled oat - setengah cawan
  • Susu full cream - setengah cawan
  • Plain yogurt - suku cawan
  • Chia seeds - 1 sudu besar
  • Madu - 1 sudu besar
  • Pisang - setengah biji (didadu kasar / dihiris nipis)
  • Nutella - 1 sudu besar
  • Kekacang ( walnut, almond, kacang tanah)


Cara-caranya:


  1. Campurkan rolled oat bersama susu, yogurt, chia seed dan madu.
  2. Gaul hingga sebati
  3. Tuang ke dalam bekas kaca dan tutup guna penutup atau plastik wrap
  4. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam. Paling bagus sejukkan semalaman
  5. Bila nak makan, masukkan nutella, hirisan pisang dan kekacang


Overnight oat

Pro tips: 

Boleh juga dimasukkan terus topping (nutella, hirisan pisang dan kekacang sebelum disejukkan)


Idea Menu Sahur Sihat 5: Protein Shake


Bahan-bahan:


  • Air suam - 1 gelas
  • Protein Shake Shaklee - 2 scoops ( Apa-apa perisa)


Cara-caranya:


  1. Tuang air suam ke dalam shaker
  2. Masukkan Protein Shake Shaklee
  3. Shake sehingga sebati


Protein Shaklee shaklee

Pro tips: 

Boleh juga campur 1 scoop ESP untuk rasa yang lebih berkrim. 


Ros nak kongsikan pengalaman Ros sendiri semasa bersahur tahun ni dan juga dua tiga tahun kebelakangan ini.


Paling banyak kali buat untuk sahur semestinya idea no 5. Sebab sangat mudah. 5 minit je dah siap. Protein Shake ni ada dalam Set Puasa Shaklee


Kenapa Ros suka sangat bersahur dengan Protein Shake? Sebab Protein Shake membantu bagi Ros rasa kenyang yang lama. Jadi, walaupun berpuasa, masih kekal cergas dan tak lemau sampai ke petang.


Nak tahu lanjut mengenai Protein Shake Shaklee, terus whatsapp Ros di 019-367 3245. Atau klik terus link whatsapp Ros ni.


#blogmegashaklee 

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleetemerloh

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...