Di kesempatan ini, Ros ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca. Semoga anda bahagia selalu di samping keluarga tersayang.
Macam mana raya anda tahun ni?
Mesti meriah kan.
Yang pasti, raya tahun ini tidaklah kelam kabut macam raya tahun lepas kan.
Raya mengejut tahun lepas banyak pengalaman lucu kami sekeluarga. Kami malam tu berbuka puasa di rumah ibubapa Ros. Esoknya plan nak berbuka di rumah mertua dan sambut 1 Syawal di sana.
Bila dengar pengumuman esok raya, haaa macam mana. Nak raya dulu di rumah ibubapa Ros pun tak boleh. Separuh baju raya di rumah mertua, separuh lagi ada bersama. Adoiii.
Esoknya awal-awal pagi kami balik ke rumah mertua juga. Mujur dekat je. Dalam 30-45 minit walaupun berlainan negeri.
Sampai rumah mertua, singsing lengan baju dan masak juadah raya pagi tu juga. Alhamdulillah raya tetap raya walaupun raya mengejut.
Raya pertama 2023
Tahun ni raya pertama di rumah ibubapa Ros. Walaupun tak cukup korum, Alhamdulillah dapat juga berkumpul dengan adik-beradik yang ada.
Macam biasa setiap tahun, abah akan masak Nasi Daging untuk menjamu anak menantu cucu dan sanak saudara yang datang menziarah.
Kami adik-beradik tolong potong, tolong kacau, tolong basuh. Abah lah Chef besar.
Di hari raya pastinya kita tak lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai juadah raya. Ketupat, rendang, laksa, bihun sup utara.
Boleh nak rasa semua. Tapi berpada-pada lah dengan portion yang anda ambil.
Selepas raya, ramai juga yang akan naik penimbang. Nak tengok berat naik atau turun.
Alhamdulillah selepas raya, berat Ros maintain sama macam hujung bulan puasa.
Hari Raya dengan Shaklee, Ros teruskan juga dengan Set Detoks Shaklee untuk bantu Detoks balik apa yang kita makan masa hari raya.
Dalam Set Detoks Shaklee ada 6 items iaitu:
Herbalax
Alfalfa
DTX Complex
Lecithin
Omega Guard
Vivix
Jom tengok fungsi setiap item dalam Set Detoks Shaklee.
Herbalax: bantu untuk bersihkan usus
Alfalfa: bantu untuk buang angin dan Detoks badan
DTX: bantu untuk Detoks hati daripada toksin
Lecithin: bantu untuk pecahkan lemak kepada ketulan yang lebih kecil.
Omega: bantu pembakaran lemak visceral fat.
Vivix: bantu untuk tingkatkan proses detoksifikasi badan dan kecutkan lemak
Alang-alang berat dah turun masa bulan puasa haritu, sayang kalau tak teruskan misi turunkan berat badan.
Memandang Ros belum lagi capai target berat yang Ros nak, Ros terus konsisten dengan Set Detoks dan Set Kurus Shaklee.
Hari raya dengan Shaklee mengingatkan Ros untuk terus jaga pemakanan seharian kita. Kita bukan nak kurus harini je tapi insyaAllah nak kurus sampai bila-bila.
Bila kurus, badan lebih ringan. Nak beribadah dan nak berkerja pun, kita jadi lebih bersemangat.
Jika anda berminat untuk Detoks dan turunkan berat badan selepas raya ni, meh Ros guide.
Anda boleh whatsapp Ros di 019-367 3245. Atau terus klik link whatsapp Ros ni.
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#pengedarshakleetemerloh
Comments
Post a Comment