Skip to main content

7 Amalan Gaya Hidup Sihat Untuk Wanita

Kualiti hidup seorang wanita bergantung kepada amalan gaya hidup sihat yang diamalkannya. 



Jom tengok 7 amalan gaya hidup sihat yang wajib anda ikuti untuk tubuh badan yang sihat serta kehidupan yang tenang dan bahagia. 


7 Amalan Gaya Hidup Sihat Untuk Wanita


1. Makan makanan yang seimbang 


Seiring dengan pertambahan usia, kadar metabolisma badan juga semakin menurun. Jadi, wanita harus mengawal pengambilan makanan yang tinggi lemak dan tinggi kalori.


Banyakkan protein dan kurangkan karbohidrat. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan setiap kali waktu makan.


2. Banyakkan bergerak 


Jika tidak dapat bersenam seperti berjogging, berbasikal atau zumba, anda boleh jalan-jalan atau briskwalk selama 30 minit setiap hari. 


Pilih untuk naik tangga berbanding naik lif.

Pilih untuk parking jauh sikit agar anda kena berjalan jauh.


3. Rehat yang cukup


Pastikan anda dapat tidur yang berkualiti setiap malam. 


Jika anda ada masalah sukar untuk lelap, anda boleh ambil supplemen polifenol yang bantu recharge dan repair sel-sel badan anda.


Kesannya,  anda akan bangun dengan badan yang lebih segar walaupun tidur kurang daripada 6 jam.


4. Jaga mindset


Mindset yang kuat dan positif memainkan peranan penting dalam membentuk sikap, keyakinan, dan tindakan anda sehari-hari. Ia mempengaruhi bagaimana anda menghadapi cabaran, menghadapi kegagalan, dan menjalani kehidupan secara keseluruhan. 


Anda boleh jaga dan bina growth mindset dengan membaca buku Self-Development.


5. Minum air secukupnya 


Air diperlukan untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh, membuang sisa toksin, menghidratkan kulit, serta menjaga fungsi organ tubuh yang optimum.


Dengan memastikan anda minum air masak secukupnya, anda dapat meningkatkan keupayaan fizikal, mengurangkan keletihan, meningkatkan fungsi kognitif, serta memperbaiki sistem pencernaan. 


6. Sertai aktiviti rekreasi atau sukan bersama keluarga dan rakan-rakan


Aktiviti rekreasi dan sukan bukan sahaja dapat melepaskan tekanan kerja. Tapi juga dapat meluangkan masa dan mencipta momen indah bersama keluarga dan rakan-rakan.


Cari peluang untuk menjalani aktiviti luar yang anda sukai seperti jogging, hiking atau piknik di taman.


7. Jangan lupa senyum dan bersyukur atas segala nikmat yang ada dalam hidup


Senyum adalah sedekah. Senyuman juga mampu membawa keceriaan kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda.


Dengan bersyukur, anda akan lebih menghargai setiap momen kecil dan besar yang berlaku dalam hidup anda


Tanpa sedar, ketika anda senyum dan bersyukur, anda sedang membuka pintu rezeki dan memancarkan aura positif kepada orang lain.


 Jadi, senyumlah dengan tulus dan bersyukurlah atas anugerah kehidupan yang anda nikmati setiap hari.


Semoga 7 amalan gaya hidup sihat ni membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.


PS: Jika anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan, jom lah join team Shaklee kami. Bimbingan dan sokongan disediakan untuk anda mulakan bisnes hari ini juga. 


JOIN BISNES DI SINI


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023 

#pengedarshakleetemerloh

#shakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...