Skip to main content

5 Keperluan Wanita Mengandung Untuk Kehamilan Yang Sihat

Pertama sekali, Ros ingin mengucapkan tahniah di atas kehamilan anda. Mesti anda tak sabar menanti saat si comel lahir ke dunia, kan.


Kehamilan adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Dari minggu pertama sehinggalah ke minggu 36, anda akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, mental dan emosi.



Untuk memastikan kehamilan yang sihat dan gembira, inilah 5 keperluan penting yang perlu anda beri perhatian.


5 Keperluan Wanita Mengandung


1. Kerapkan Makan


Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 


Sentiasa masukkan buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau, sumber protein yang berkualiti, dan serat dalam diet harian anda. 


Ini akan memastikan anda dan bayi anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.


2. Banyakkan Berehat


Wanita mengandung sering merasa letih. Jadi,  jangan ragu untuk berehat bila perlu.


Usah segan untuk meminta bantuan daripada suami atau ahli keluarga yang lain untuk membantu membuat kerja-kerja rumah.


Tidur dan rehat yang mencukupi adalah penting untuk memulihkan tenaga anda. 


3. Ambil Vitamin Prenatal


Untuk menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan, anda perlu mengambil makanan yang seimbang. 


Akan tetapi, kebanyakan wanita mengandung tidak dapat mengambil makanan yang seimbang disebabkan loya dan kurang selera makan.


Oleh itu, anda perlu mengambil vitamin prenatal untuk mengisi kelompongan nutrisi.


Pastikan vitamin prenatal yang anda ambil itu selamat dan semulajadi. Elakkan vitamin sintetik yang tinggi kandungan gula, pewarna dan pengawet.


Ros syorkan anda ambil Set Prenatal Mama yang terdiri daripada vitamin penting seperti Vitamin B beserta asid folik, multivitamin, protein dan kalsium. Set ini juga didatangkan dengan minyak eksklusif by Tanamera.


4. Mula Buat Senaman Kegel


Senaman Kegel membantu menguatkan otot-otot pelvis anda. Bila kandungan semakin membesar, semakin tinggi bebanan yang dipikul di bahagian pelvis. Senaman ini membantu untuk mengurangkan terkeluar air kencing semasa batuk atau bersin.


Selain itu, senaman kegel sangat membantu proses kelahiran. Ibu lebih mudah mengawal dan meregang otot pelvis seterusnya mempercepatkan proses kelahiran.


Lagi satu, ibu-ibu yang rajin buat senaman kegel kurang risiko koyakan semasa proses bersalin.


5. Menjaga Emosi dan Mengawal Stress


Kehamilan boleh menjadi satu perjalanan emosi yang mencabar. 


Wanita mengandung sangat sensitif dan mudah tersinggung. Jadi, anda perlu sentiasa berbicara dengan pasangan anda tentang emosi dan perasan anda. Usah pendam.


Elakkan stres yang berlebihan kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan anda. Amalkan teknik pernafasan untuk mengawal perasaan anda agar lebih tenang.


Akhir sekali, enjoy your pregnancy. Jaga kesihatan anda dan bayi dengan sebaik-baiknya. 


Ros doakan anda selamat melahirkan si comel anda.


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleetemerloh

#pengedarshakleetemerloh



Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

Cara Tambah Pendapatan Tanpa Modal 2023

Ramai mencari peluang atau cara untuk tambah pendapatan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa sekarang.   Berita baiknya, untuk anda yang nak berniaga untuk tambah pendapatan, ada cara tambah pendapatan tanpa modal. Anda boleh menjadi dropship, agen atau join affiliate.   Zaman sekarang, sangat mudah untuk jana income. Ros yakin anda mempunyai akaun social media seperti FB, IG atau Tiktok. Anda boleh gunakan media social ini untuk buat duit.   Apa yang perlu anda b uat adalah hasilkan content  yang target market anda perlukan untuk bina trust mereka kepada anda.   Prospek akan membeli daripada anda bila mereka percaya kepada anda. Daripada seorang prospek mereka akan jadi customer anda.   Kini, anda dah tahu cara tambah pendapatan tanpa modal.   Bagaimana untuk bermula buat bisnes online dari rumah?   3 benda yang anda perlukan untuk buat bisnes online  iaitu:   1. Handphone 2. Internet 3. Semangat yang membara ...