Skip to main content

Meriahnya Menu Hari Raya Open House

Alhamdulillah tahun ini, Hari Raya Pertama kami sambut di rumah parents Ros. Adik-beradik Ros 8 orang. Ada 2 orang tak dapat bersama kami di Hari Raya Pertama. Ada yang bertugas. Ada yang beraya dengan keluarga mertua dahulu.


Simpan sini gambar kami semua bersama mak dan abah tersayang.




Tengoklah gelagat budak-budak. Mencabar nak dapatkan kerjasama mereka untuk sekeping gambar yang elok. 


Rumah parents Ros dekat-dekat je dengan rumah makcik-pakcik yang lain. Kebiasaannya, Raya Pertama setiap rumah akan menghidangkan menu Hari Raya Open House yang sama setiap tahun. 


Nasi Daging: 


Kepakaran abah. Abah selalu masak untuk masjid di sini jika ada majlis. Bila ada anak menantu balik kampung, menu ini lah yang akan abah masak.


Nasi Daging abah lengkap semuanya. Nasinya, lauk daging dengan air asam dan juga acar timun. 


Jika ada yang berminat, Ros kongsikan resepi Nasi Daging di masa akan datang.


Bihun Sup Utara: 


Keluarga Pak Su dan Mak Su selalunya akan menyediakan bihun sup. Dulu, mereka berniaga Bihun Sup, Laksa dan Cendol semasa mereka menetap di Sungai Petani. Kalau balik kampung je, mesti kami akan ke gerai Pak Su dan Mak Su.


Bihun Sup Utara wajib ada sambal merah. Bihunnya pula warna kuning.

Anda boleh tengok resepi Bihun Sup Utara Che Nom ni. Lebih kurang macam ni lah.


Laksa Penang:


Keluarga Mak Long atau belah utara kami panggil Mak Chaq selalu buat Laksa Penang pada Hari Raya Pertama.


Sedapkan semua menu ni. 3 rumah je dah buat kami kekenyangan. Belum lagi melawat rumah sanak-saudara yang lain lagi.


Sepanjang Syawal ada banyak Hari Raya Open House. Menu yang dihidangkan semuanya special. Mesti kita akan jamah juga hidangan yang tuan rumah sediakan. 


Untuk kekalkan berat badan, Ros ambil Set Kurus Shaklee. Dah makan macam-macam Ros akan reset, renew balik sistem badan dengan Set Hello New You ni.


Anda dah selesai puasa enam? 


Mana yang belum habis, sempat lagi untuk menghabiskan puasa enam.


Intermittent Fasting


Lepas tu, boleh sambung dengan Intermittent Fasting untuk turunkan lagi berat badan. 


Pastikan anda buat Intermittent Fasting dengan ilmu yang betul. Salah buat merana badan jika tak tahu keburukan Intermittent Fasting.


Nak Ros guide anda buat Intermittent Fasting dengan cara yang betul?

Boleh contact Ros di 019-367 3245 atau terus klik link whatsapp Ros ini.


Ros Ahmad

019 - 367 3245

Pengedar Shaklee Temerloh


Follow Ros di Social Media:


Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros

Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros

Youtube: Ros Ahmad

Facebook: Ros Ahmad 


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleetemerloh

Comments

Popular posts from this blog

Salam Perkenalan

Assalamualaikum  Saya, Ros Ahmad. Bekas engineer yang kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Ros nak bantu muslimah lain samada pelajar, surirumah ataupun ibu bekerja untuk tambah pendapatan dengan bisnes online. Bisnes yang fleksibel yang anda boleh buat pada bila masa yang anda tetapkan. Anda sendiri yang susun jadual anda.  Jika anda seorang pelajar, bisnes ni tak ganggu jadual kuliah anda. Bagi surirumah, anda masih boleh uruskan rumah dan anak-anak sambil buat aktiviti bisnes. Bagi muslimah yang bekerja, anda boleh dapat 2nd income walaupun dah ada gaji tetap setiap bulan. Boleh WhatsApp Ros di 019-367 3245 untuk join team kami. ------- Ros Ahmad Your Shaklee Business Mentor 019-3673245

Cara Kurus Dengan Sihat 2023 Amalkan Set Kurus Shaklee

  Pernah tak anda rasa, anda malas nak keluar jumpa kawan-kawan lama? Atau jika anda bekerja, anda segan nak pergi jumpa client?   Anda rasa kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Rasa rendah diri dengan keadaan diri anda yang agak berisi. I feel you.  Ros sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang. Tapi Ros sedar sampai bila Ros nak mengelak. Masa PKP dulu, boleh lah. Sekarang dah boleh keluar jumpa orang.   Jadi, Ros ikhtiar untuk turunkan berat. Ros memilih produk Shaklee untuk kurus dan kulit cantik.   Set Kurus Shaklee 2023   Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa produk iaitu: 1.  Vivix 2.  Cinch Chocolate 3.  Lecithin 4.  Omega 5.  Herbalax   Ros nak share fungsi setiap produk dalam set ini. Bila anda faham bagaimana produk ini berfungsi, anda akan tahu yang setiap satunya saling melengkapi untuk anda kurus dengan cepat.   Fungsi Produk Dalam Set Kurus Shaklee 2023 1.  Vivix:...

7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat Yang Anda Kena Tahu

Siapa yang tak nak jadi lebih sihat, kan?   Kalau anda nak tahu cara nak jadi lebih sihat dengan diet, anda berada di tempat yang betul!   Hari ni, Ros nak kongsi dengan anda 7 tips diet yang memang mudah dan boleh anda praktikkan dalam kehidupan harian.  7 Tips Diet Untuk Jadi Lebih Sihat 1. Pelbagaikan Makanan:  Pastikan setiap hidangan anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan bijirin penuh. Kombinasi ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Untuk turukan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan protein berkualiti tinggi seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan. 2. Kawal Portion:  Tak perlu makan besar. Kawal saiz hidangan untuk elak lebihan kalori. Amalkan saiz hidangan yang lebih kecil dan makan perlahan-lahan untuk memberi peluang kepada badan anda merasai kenyang. 3. Kurangkan Makanan Proses, Gula dan Garam Elak makanan segera dan makanan...