Ros jumpa ramai muslimah yang ingin berhenti kerja dan menguruskan sendiri anak-anak.
Antara sebab mereka ingin berhenti adalah bebanan kerja di pejabat yang banyak, terpaksa buat overtime (OT) serta ragam dan karenah rakan sekerja dan juga orang atasan.
Ada yang nak sangat berhenti kerja tetapi atas alasan kewangan mereka terpaksa bertahan dahulu.
Ada yang mencari peluang bisnes dahulu sebagai backup income selepas mereka berhenti nanti. Anda sebenarnya boleh cuba tambah pendapatan tanpa modal yang besar.
Sebelum anda buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi work from home mom, Ros ingin kongsikan 5 cabaran kerja dari rumah yang anda kena tahu.
5 Cabaran Kerja Dari Rumah
1. Halatuju yang jelas
Sangat penting untuk mempunyai halatuju yang jelas dalam kerja atau bisnes anda.
Bila bekerja sendiri, anda lah bos. Jadi anda kena tegas dengan diri sendiri untuk mencapai apa sahaja target yang anda tetapkan.
Sama seperti bekerja di pejabat, anda akan berusaha keras untuk capai KPI.
2. Pengurusan masa
Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, anda masih akan memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak.
Di sini, pengurusan masa sangat penting agar anda dapat menyelesaikan kerja rumah dan kerja bisnes dengan baik.
Tetapkan jadual kerja yang teratur dan berdisiplin untuk ikut jadual yang anda buat.
3. Rasa keseorangan
Jika anda memilih untuk jadi seorang solopreneur tanpa team, akan ada masa anda rasa keseorangan. Terutamanya bila ada cabaran yang datang.
Carilah circle yang positif supaya dapat sama-sama saling bagi sokongan antara satu sama lain.
Jika anda join komuniti bisnes Ros, anda akan rasa seperti kita semua adalah satu keluarga yang besar.
4. Lebih tertekan
Pada fasa awal selepas anda berhenti kerja, anda akan ambil masa untuk menyesuaikan diri denga rutin yang baru. Ada masanya anda akan rasa tertekan.
Pastikan anda ada support sistem yang kuat untuk membantu anda melalui fasa hidup yang baru sebagai work from home mom.
5. Perbandingan dengan orang lain
Anda tak boleh lari dari menggunakan media sosial untuk mengembangkan bisnes.
Bila berada di media sosial, elakkan perbandingan diri sendiri dengan orang lain. Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing.
Fokus pada jalan dan matlamat anda.
Ok itu 5 cabaran kerja dari rumah sebelum anda berhenti kerja. Persiapkan diri anda sebelum berhenti kerja. Kuatkan mental dan emosi.
Ros yakin anda boleh menjadi Work From Home Mom yang berjaya. Anda wanita yang hebat!
PS: Jika anda berminat nak jana pendapatan tambahan sebelum berhenti kerja ni, jom lah join team Shaklee kami. Bimbingan dan sokongan disediakan untuk anda mulakan bisnes hari ini juga.
Follow Ros di Social Media:
Tips Kulit Berseri: IG @glowwithros
Tips Pembangunan Diri/ Self-Development: IG @growwithros
Youtube: Ros Ahmad
Facebook: Ros Ahmad
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#pengedarshakleetemerloh
#shakleetemerloh
Comments
Post a Comment